Jumaat, 23 Ogos 2019 | 11:36pm

Suspek dikehendaki polis, cedera ditembak

KUALA LUMPUR: Seorang suspek yang dikehendaki polis, cedera ditembak di sebuah kondominium di Jalan Genting Klang di sini, malam ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Rajab Ahad Ismail yang mengesahkan perkara itu berkata kejadian berlaku ketika sepasukan anggota polis mahu memeriksa seorang lelaki dipercayai suspek yang dikehendaki polis.

“Ketika diperiksa, secara tiba-tiba suspek mengeluarkan pistol dan menembak ke arah polis. Ekoran itu, pihak polis membalas tembakan yang mengakibatkan suspek cedera,” katanya kepada Bernama.

Katanya, suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut. - BERNAMA

1687 dibaca
Berita Harian X