Rabu, 21 Ogos 2019 | 4:47pm

27 September keputusan inkues Adib

SHAH ALAM: Mahkamah Koroner hari ini, menetapkan 27 September depan sebagai tarikh keputusan prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Koroner Rofiah Mohamad, berkata mahkamah secara rasmi sudah menutup prosiding inkues berkenaan.

“Selepas meneliti semua, tiada apa-apa lagi untuk diteruskan. Mahkamah menetapkan tarikh keputusan pada 27 September, jam 10 pagi,” katanya.

Pada 24 Julai lalu, Rofiah menetapkan menutup prosiding inkues punca kematian Muhammad Adib selepas ia berjalan selama 41 hari.

Keputusan itu sekali gus menolak permohonan Pegawai Pengendali kes, Faten Hadni Khairuddin, yang mencadangkan supaya seorang lagi saksi patologi dipanggil.

Rofiah memaklumkan mahkamah berpuas hati dengan keterangan saksi sedia ada.

Prosiding inkues bermula 11 Februari lalu dan seramai 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar sudah dipanggil memberi keterangan.

8661 dibaca
Berita Harian X