Khamis, 15 Ogos 2019 | 10:05am

Keputusan bedah siasat Nora Anne dijangka hari ini

SEREMBAN: Kira-kira 30 pengamal media berkumpul di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, bagi mendapatkan perkembangan terkini proses bedah siasat mayat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin.

Pengamal media tempatan dan antarabangsa itu mula berkumpul seawal jam 7 pagi berikutan malam tadi, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman memaklumkan akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan punca sebenar kematian, hari ini.

Bagaimanapun pihak polis sebentar tadi memberitahu sidang media hanya akan diadakan pada jam 2 petang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Semalam, proses bedah siasat mayat Nora Anne,15, dilakukan bermula jam 11.45 pagi dan selesai jam 9.25 malam.

Proses itu dikendalikan oleh Pakar Patologi Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Feng dan Pakar ForensikHTJ, Dr Hanif Mohammad.

Mereka dibantu pakar dari Jabatan Kimia, Dr Aidora Saedon dan dari Jabatan Forensik, Sufian Arshad Ahmad.

Kelmarin mayat remaja itu ditemui di kawasan berlurah dekat anak sungai kira-kira 2.5 kilometer dari resort dia dilaporkan hilang 4 Ogos lalu.

Mayat berkenaan ditemui sekumpulan pendaki sukarelawan yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).

5494 dibaca
PENGAMAL media berkumpul di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban, bagi mendapatkan perkembangan terkini proses bedah siasat mayat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin. - Foto Hasriyasyah Sabudin

Berita Harian X