Selasa, 13 Ogos 2019 | 11:24am
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 132 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, Kuantan, petang semalam. - Foto ihsan bomba

Pemandu teksi maut kereta bertembung

KUANTAN: Pemandu teksi maut selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan sebuah di Kilometer 132 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa Nordin Kapas, 72, dari Taman Bahagia Court, dekat Temerloh, disahkan maut di tempat kejadian selepas cedera parah pada bahagian perut dan kaki kanan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh, berkata pemandu kereta Proton Preve, Zahrul Anuar Mad Jali, 44, turut cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini.

“Siasatan awal kita mendapati, teksi dipandu Nordin dari arah Mentakab menghala ke Temerloh dipercayai dipandu dalam keadaan mengantuk sebelum terbabas ke laluan bertentangan.


NORDIN Kapas maut selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan Proton Preve di Kilometer 132 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, Kuantan, petang semalam. - Foto ihsan bomba

“Teksi itu kemudiannya bertembung dengan Proton Preve dipandu Zahrul Anuar mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan maut oleh pasukan perubatan HOSHAS,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kamarulzaman berkata, saksi kejadian yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X