Jumaat, 2 Ogos 2019 | 5:11pm
Lif bomba Blok C PPR Kerinchi telah ditutup berikutan kejadian lif terhempas yang menyebabkan 8 orang tercedera petang tadi. - Foto Hafiz Sohaimi
Antara mangsa yang cedera berikutan kejadian lif Blok C PPR Kerinchi terhempas petang tadi.- Foto ihsan Pembaca

8 cedera lif terhempas dari tingkat 5

Kuala Lumpur: Lapan cedera apabila lif yang mereka naiki di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini terhempas dari tingkat lima dipercayai akibat sistem brek tidak berfungsi, jam 2.30 petang tadi.

Sebelum kejadian, difahamkan 10 penghuni PPR itu menaiki lif berkenaan dari tingkat bawah tanah dan berhenti di tingkat lima apabila seorang daripada mereka keluar, sebelum lif itu tiba-tiba gagal berfungsi dan terhempas.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Balai, Ramli Mohamed, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 2.40 petang.


Blok C flat PPR Kerinchi. - Foto Hafiz Sohaimi

Anggota bomba ketika menjalankan operasi menyelamat kan 9 mangsa yang terperangkap di dalam lif block C flat PPR Kerinchi. - Foto ihsan Bomba

“Susulan itu sebuah jentera bersama 20 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. Setiba di lokasi anggota bomba membuka pintu lif dan menemui mangsa di dalam lif.

“Empat mangsa patah kaki manakala yang lain cedera di pergelangan kaki dan tangan,” katanya sambil menambah semua mangsa yang cedera dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

Ramli berkata, operasi menyelamat mangsa selesai 15 minit kemudian.


Anggota bomba ketika menjalankan operasi menyelamat kan 9 mangsa yang terperangkap di dalam lif block C flat PPR Kerinchi. - Foto ihsan Bomba

Antara mangsa yang cedera berikutan kejadian lif Blok C PPR Kerinchi terhempas petang tadi.- Foto ihsan Pembaca

'Sempat pegang panel butang lif'

25103 dibaca
Berita Harian X