Ahad, 21 Julai 2019 | 3:23pm
Anggota APM Papar menangkap seekor ular sawa sepanjang 4.5 meter yang membaham ayam di Kampung Kinandukan, Papar. - Ihsan APM

Ular sawa baham 6 ayam sembunyi dalam tong cat

PAPAR: Seekor ular sawa sepanjang kira-kira 4.5 meter ditemui bersembunyi dalam tong cat, selepas membaham enam ekor ayam dalam reban milik seorang penduduk di Kampung Kinandukan, di sini, semalam.

, selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung berkenaan.

Penduduk kampung berkenaan, Yusdi Nasip, 40, berkata beliau membuat aduan kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Tengah hari semalam, ibu saudara saya melihat ular sawa itu bersembunyi dalam tong cat di tepi reban ayam kepunyaannya dan terus meminta saya menghubungi pihak APM Papar untuk menangkapnya.

“Ular sawa itu memakan enam daripada tujuh ekor ayam milik ibu saudara saya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Papar, Abdul Razaq Basir, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 12:23 tengah hari, sebelum menghantar empat anggota.

“Kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menangkap ular yang kekenyangan itu,” katanya.

Berita Harian X