Rabu, 10 Julai 2019 | 8:37am
- Foto Hiasan

Polis tahan EXCO Perak didakwa lakukan serangan seksual

IPOH: Polis menahan seorang anggota EXCO Perak yang dikaitkan dengan tuduhan melakukan serangan seksual terhadap pembantu rumahnya.

Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain, berkata anggota EXCO berkenaan ditahan semalam bagi membantu siasatan lanjut.

“Untuk siasatan polis yang adil, kita menangkap orang disyaki semalam bagi membantu siasatan kita,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berkaitan penangkapan itu dan memberitahu akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Semalam, media melaporkan seorang wanita warga Indonesia, membuat laporan polis di Balai Jelapang di sini Isnin lalu, mendakwa dirogol anggota EXCO berkenaan di rumahnya, dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

1082 dibaca
Berita Harian X