Khamis, 4 Julai 2019 | 3:24pm
Polis sedang mengesan saksi dan pemandu Perodua Myvi warna biru yang terbabit dalam nahas tiga kenderaan di Lebuhraya Persekutuan berdekatan bangunan Naza World, menghala ke ibu negara, awal pagi tadi.

Polis cari pemandu Myvi biru

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan saksi dan pemandu Perodua Myvi biru yang terbabit dalam nahas tiga kenderaan di Lebuhraya Persekutuan berdekatan bangunan Naza World, menghala ke ibu negara, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.29 pagi itu, Myvi terbabit keluar dari susur Jalan 222, Petaling Jaya, sebelum bergesel dengan sebuah motosikal Yamaha di lorong jalan utama.

Motosikal itu kemudian terbabas, mengakibatkan penunggangnya tercampak ke atas jalan.

Sebuah kereta Volvo dari arah sama sempat mengelak daripada merempuh mangsa, namun terlanggar motosikal terbabit.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Nazri Mamat, berusia 43 tahun, disahkan maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala manakala pemandu Volvo dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat penunggang motosikal itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya atau mana-mana balai polis berhampiran.

Mereka juga boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat BSPT IPD Petaling Jaya, Inspektor Mohamad Al Rassid Mohd Borhanudin, di talian 019-9905570.

1669 dibaca
Berita Harian X