Rabu, 26 Jun 2019 | 8:37am
Empat lelaki dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas kenderaan yang dipandu mangsa melanggar pokok, di Jalan Bukit Ubi. - Foto ihsan JBPM

Tiga lelaki parah langgar pokok tumbang

KUANTAN: Tiga lelaki parah akibat tersepit di tempat duduk selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka melanggar pokok tumbang di Jalan Bukit Ubi di sini, malam tadi.

Kejadian pada jam 8.15 malam itu menyebabkan mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti itu parah di beberapa anggota badan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Anuar Hassan berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan kemudian bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang awam.

“Sampai di tempat kejadian mendapati terdapat sebuah kereta Perodua Kancil dipercayai melanggar pokok di bahu jalan.

Empat lelaki dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas kenderaan yang dipandu mangsa melanggar pokok, di Jalan Bukit Ubi. - Foto ihsan JBPM

Empat lelaki dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas kenderaan yang dipandu mangsa melanggar pokok, di Jalan Bukit Ubi. - Foto ihsan JBPM

“Tiga lelaki parah dan seorang lagi cedera,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, seramai 10 anggota bomba Kuantan bertindak menyelamatkan mangsa yang tersepit dan kesemua mangsa berjaya dikeluarkan.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan lanjut.

“Kerja pengalihan pokok tumbang itu turut dilakukan kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Berita Harian X