Selasa, 25 Jun 2019 | 10:32pm
Anggota bomba berusaha mencari mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah. - Ihsan pembaca
Anggota bomba berusaha mencari mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah. - Ihsan pembaca
Anggota bomba berusaha mencari mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah. - Ihsan pembaca
Keadaan di lokasi kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah. - NSTP/Shahnaz Fazlie Shahrizal
Keadaan di lokasi kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah. - NSTP/Shahnaz Fazlie Shahrizal
Keadaan di lokasi kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah. - NSTP/Shahnaz Fazlie Shahrizal

4 pekerja asing mati tertimbus di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Empat buruh warga Myanmar maut tertimbus dalam tanah runtuh di tapak pembinaan Jalan Tanjung Batu Ferringhi, Tanjung Bungah di sini, kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang negeri, Phee Boon Poh, berkata mayat tiga mangsa sudah ditemui setakat 12.15 tengah malam ini.

Mangsa pertama kejadian runtuhan tanah itu ditemui kira-kira jam 11.15 malam, diikuti mangsa kedua pada jam 12 tengah malam.

Pengarah Bomba Pulau Pinang, Saadon Mokhtar, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan bomba dengan pembabitan polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas laporan diterima jam 9.25 malam ini.

“Kita sudah menemui lokasi mayat-mayat di bawah timbunan tanah sedalam kira-kira lima meter dan usaha mengeluarkan baki mangsa sedang dilakukan.

“Keluasan kawasan tanah runtuh adalah 50 meter persegi dan lokasi pencarian dibahagikan kepada dua zon,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang, berkata mayat mangsa ditemui berhampiran satu sama lain tetapi identiti keempat-empat mangsa belum dapat dikenal pasti.

“Pemilik pusat peranginan mengenal pasti pergerakan tanah di tebing Jalan Batu Ferringhi sejak seminggu lalu, sebelum mengambil inisiatif sendiri dengan menggajikan empat mangsa untuk membina tembok penahan tanah,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Tebatan Banjir dan Utiliti negeri, Zairil Khir Johari, pula berkata semua mangsa difahamkan tertimbus di bawah tembok penahan tanah di pekarangan sebuah hotel di situ.

“Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang membina tembok penahan berkenaan, sebelum struktur itu runtuh," katanya kenyataan kenyataan ringkas, sebentar tadi.

Sebelum ini, pada 21 Oktober 2017, seramai 11 pekerja binaan termasuk seorang penyelia warga tempatan maut dalam tanah runtuh di tapak pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah.

Pada September 2017, enam kenderaan milik penduduk rosak selepas berlaku tanah runtuh di Pangsapuri Kayangan Puri Mutiara, Tanjung Bungah.

Pada Jun 2017, tembok penahan tanah di Jalan Bagan Jermal, Mount Erskine runtuh dan menimpa bahagian belakang rumah seorang penduduk, manakala tiga kereta rosak teruk tertimbus dalam kejadian tebing runtuh di Jalan Bunga Cempaka, Tanjung Bungah.

Berita Harian X