Selasa, 25 Jun 2019 | 6:49pm
ANGGOTA bomba berusaha memotong cincin logam yang terlekat di jari manis kiri mangsa. - Foto ihsan bomba

6 jam tahan sakit

TUMPAT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun terpaksa menahan kesakitan hampir enam jam selepas cincin logam terlekat di jari manis kirinya hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku jam 7 pagi, sebelum dia dibawa ke Hospital Tumpat tengah hari tadi untuk rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 1.45 tengah hari sebelum empat anggota dikejarkan ke hospital.

“Sebaik tiba, kita mendapati jari mangsa sudah bengkak. Mangsa disuntik ubat bius kerana dikhuatiri menyakitkan tangannya ketika cincin dipotong.

“Kita mengambil masa 20 minit untuk memotong cincin itu dengan menggunakan peralatan khas sebelum kanak-kanak itu diserahkan kepada hospital untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Berita Harian X