Khamis, 20 Jun 2019 | 3:29pm
Kemalangan membabitkan sebuah MPV jenis Toyota Alphrad dan sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 25 Jalan Kota Tinggi-Mersing.- Foto ihsan PDRM

Kerabat Pahang terbabit kemalangan

MERSING: Cik Puan Muda Pahang, Datuk Seri Julita Aishah Abdul Latiff, 46, cedera ringan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Kota Tinggi-Mersing, di sini, pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, pemandu MPV dan seorang lagi penumpang wanita warga Filipina bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menuju ke Kuantan, Pahang.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, berkata kemalangan membabitkan MPV berkenaan dengan sebuah lori.


Kemalangan membabitkan sebuah MPV jenis Toyota Alphrad dan sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 25 Jalan Kota Tinggi-Mersing.- Foto ihsan PDRM

“Siasatan awal mendapati, MPV terbabit dipercayai berlanggar dengan sebuah lori ketika melalui selekoh di kawasan itu.

“Pemandu lori berusia 53 tahun mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan mendapat rawatan di Hospital Mersing.

“Seorang penumpang wanita MPV itu mengalami sakit pinggang dan dirujuk ke Hospital Kuantan, manakala pemandunya dan seorang lagi penumpang wanita tidak cedera,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Cyril berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

4126 dibaca
Berita Harian X