Ahad, 19 Mei 2019 | 1:14pm
Restoran stimbot musnah dalam kebakaran di Jalan 4/124, Taman Desa Petaling, pagi tadi.

Restoran stimbot musnah terbakar

KUALA LUMPUR: Sebuah restoran stimbot musnah dalam kebakaran di Jalan 4/124, Taman Desa Petaling di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pada jam 9.37 pagi.

Katanya, tiga jentera bersama kekuatan 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, BBP Sungai Besi dan BBP Cheras dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pasukan penyelamat mendapati kebakaran membabitkan rumah kedai di tingkat satu.

“Api berjaya dikawal pada pukul 10.14 pagi dan kebakaran padam sepenuhnya kira-kira 40 minit kemudian, api menyebabkan kemusnahan 100 peratus rumah kedai berkenaan” katanya.

Katanya, tiada mangsa terbabit dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

345 dibaca
Berita Harian X