Selasa, 30 April 2019 | 10:53am

Bekas pegawai khas direman 3 hari

PUTRAJAYA: Bekas pegawai khas kepada bekas seorang menteri direman tiga hari kerana disyaki mengatur projek di sebuah kementerian, termasuk pembekalan peralatan pesawat pejuang bernilai kira-kira RM1.8 juta pada 2017.

Perintah reman bermula hari ini hingga 2 Mei itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Siasatan terhadap lelaki bergelar Datuk berusia 50 tahun itu

dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Mengikut sumber, suspek ditahan pada jam 12 tengah hari semalam di Ibu Pejabat SPRM di sini ketika hadir memberi keterangan.

Siasatan awal mendapati, suspek dikatakan menerima wang rasuah daripada beberapa syarikat kontraktor sebagai balasan mendapatkan projek pembekalan peralatan secara rundingan terus dengan sebuah kementerian.

Ini termasuk pembekalan peralatan pesawat pejuang yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1.8 juta.

Difahamkan, SPRM juga sedang mengesan beberapa lagi individu dan syarikat pembekal di seluruh negara yang disyaki ada kaitan dengan individu berkenaan.

1841 dibaca
BEKAS pegawai khas kepada bekas seorang menteri direman tiga hari kerana disyaki mengatur projek di sebuah kementerian, termasuk pembekalan peralatan pesawat pejuang bernilai kira-kira RM1.8 juta pada 2017. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Berita Harian X