Ahad, 28 April 2019 | 11:26pm
ANGGOTA bomba membantu menyelamatkan budak lelaki berusia enam tahun yang tersepit di eskalator. - FOTO Ihsan Pembaca

Kaki budak tersepit eskalator

SERDANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera selepas sebelah kakinya tersepit pada eskalator tingkat dua sebuah pusat beli belah di Seri Kembangan di sini, semalam.

Bomba yang menerima laporan kejadian pada jam 5.30 petang, menghantar sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang untuk kerja menyelamat.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Selangor dalam satu kenyataan, memaklumkan anggota bomba mengambil masa lebih 30 minit untuk mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit.

“Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan bahagian kaki kanan mangsa yang tersepit.

“Dia kemudian diserahkan kepada pihak ambulans dan dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan,” katanya.

Berita Harian X