Jumaat, 26 April 2019 | 1:34am

Wanita Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Chennai

NEW DELHI: Seorang wanita rakyat Malaysia ditahan di lapangan terbang Chennai dalam penerbangan ke Kuala Lumpur semalam, kerana membawa wang tunai yang tidak diisytiharkan berjumlah US$67,600 (RM280,492).

Wanita berkenaan berusia 54 tahun.

“Pihak berkuasa kastam telah memaklumkan kami tentang penahanan itu dan mereka sedang menjalankan siasatan.

“Dia belum menghubungi pihak konsulat tetapi kami cuba untuk menghubunginya,” kata Konsul Jeneral Malaysia di Chennai, K Saravanan kepada Bernama.

Wanita itu ditahan di bawah peruntukan Akta Kastam dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sementara siasatan dijalankan. - BERNAMA

2857 dibaca
Berita Harian X