Sabtu, 6 April 2019 | 11:46am
Gambar fail, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu. - Foto Melvin Joni

Petani muda maut kemalangan

SIMUNJAN: Seorang petani maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Kampung Kepayang di sini.

Kejadian 6.30 petang semalam itu menyebabkan mangsa, Paul Japok, 25, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang datang dari arah Kampung Kepayang menuju ke Simpang Kepayang gagal mengawal motosikalnya, lalu terbabas.

“Ketika tiba di Jalan Kampung Kepayang melalui selekoh yang menuruni bukit, mangsa gagal mengawal motosikalnya, lalu memasuki ke lorong sebelah kanan dan terbabas sendiri.

Keadaan motosikal yang ditunggangi mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Kepayang. - Foto Norsyazwani Nasr

“Akibatnya, mangsa cedera parah di kepala dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi.

Alexson berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Batu Mumong, Gedong disahkan meninggal dunia oleh paramedik dari Hospital Simunjan.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Serian untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Berita Harian X