Jumaat, 5 April 2019 | 10:23am
SEORANG kanak-kanak lelaki, Muhammad Faris Izwan dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ketika mandi bersama abangnya di Sungai Pergau berhampiran kawasan lombong emas Kuala Balah, Jeli. - Foto ihsan bomba

Kanak-kanak dikhuatiri lemas

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikhuatiri lemas di Sungai Pergau berhampiran kawasan lombong emas Kuala Balah, Jeli, semalam.

Muhammad Faris Izwan dikatakan mandi di sungai berkenaan pada jam 3 petang bersama dua rakannya, masing-masing berusia enam dan sembilan tahun sebelum dihanyutkan arus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim, berkata kedua-dua rakan mangsa dikatakan tidak memberitahu ibu bapa mangsa mengenai kejadian lemas terbabit.

“Selepas ibu bapa mangsa menyedari Muhammad Faris tiada di rumah sehingga jam 9 malam, mereka bertanya kepada rakan kanak-kanak itu sebelum dimaklumkan apa yang berlaku.


SEORANG kanak-kanak lelaki, Muhammad Faris Izwan dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ketika mandi bersama abangnya di Sungai Pergau berhampiran kawasan lombong emas Kuala Balah, Jeli. - Foto ihsan bomba

“Sebaik mengetahui kejadian itu, bapa mangsa segera menghubungi bomba untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada jam 9.23 malam dan 18 anggota termasuk pegawai dihantar ke lokasi kejadian.

“Pencarian turut dibantu penduduk kampung, namun mangsa belum ditemui sehingga pagi ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi dihentikan pada jam 1.20 pagi tadi dan bersambung kembali jam 8 pagi hari ini.

Berita Harian X