Rabu, 27 March 2019 | 9:42am
Seorang lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan Sungai Kerian, semalam,ditemui pasukan penyelamat awal pagi tadi. - Foto ihsan Bomba

Mayat lelaki terjun sungai ditemui

PARIT BUNTAR: Mayat lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Sungai Kerian di sini, pagi semalam, berjaya ditemui jam 4.20 pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.35 pagi semalam, seorang lelaki berusia 52 tahun dipercayai terjun dari jambatan itu dan dikhuatiri lemas sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) di jalankan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar, berkata mayat mangsa berjaya ditemui jam 4.20 pagi tadi pada jarak dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjun.

“Mayat mangsa berjaya ditemui selepas lebih 24 jam dikhuatiri lemas dan ia kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Seramai 26 anggota pelbagai agensi terbabit dalam operasi ini dan operasi turut menggunakan khidmat PPDA (Pasukan Penyelamat Di Air),” katanya.

Media semalam melaporkan mangsa dikhuatiri lemas selepas terjun dari jambatan berkenaan dan operasi SAR yang dijalankan setakat petang semalam belum menemui sebarang petunjuk.

Jurucakap berkenaan berkata, operasi kemudiannya ditamatkan jam 5 pagi tadi.

505 dibaca
Berita Harian X