Jumaat, 22 March 2019 | 9:33pm

Bas bawa 21 penumpang jatuh gaung di Taiping

IPOH: Sebuah bas ekspres dipercayai terbabas dan jatuh ke dalam gaung di Kilometer 228.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, selepas Hentian Rehat dan Rawat Bukit Gantang, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak, berkata bas yang belum diketahui arah tuju itu membawa 21 penumpang.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 6.57 petang sebelum sepasukan anggota dari balai Taiping dikejarkan ke lokasi.

Jurucakap berkenaan memaklumkan usaha menyelamat sedang dijalankan dan berdasarkan maklumat awal tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. – BERNAMA

5436 dibaca
SEBUAH bas ekspres terbabas di KM 228.4 PLUS arah selatan, selepas R&R Bukit Gantang, - Foto Bernama
Berita Harian X