Khamis, 21 March 2019 | 12:01pm

Lelaki bakar diri meninggal dunia

SERI MANJUNG: Lelaki yang parah selepas dipercayai membakar dirinya sendiri dalam kejadian di Kampung Bintang, Sitiawan, Isnin lalu meninggal dunia petang, semalam.

Mangsa yang berusia 21 tahun itu mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seri Manjung (HSM) dan menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6.20 petang.

Lelaki terbabit dikatakan bertindak membakar dirinya sendiri dipercayai selepas bergaduh dengan teman wanitanya.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, polis dimaklumkan mengenai kematian mangsa oleh pihak hospital.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di HSM pada jam 6.20 petang dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengesahkan punca kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menerima laporan mengenai kejadian itu pada 7.40 malam dan siasatan mendapati mangsa dikatakan membakar diri sendiri disebabkan pergaduhan dengan teman wanitanya.

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kesan terbakar pada tubuhnya hampir 90 peratus.

Video membabitkan kejadian itu turut tular di laman Facebook.

1816 dibaca
Berita Harian X