Jumaat, 15 March 2019 | 9:30pm
BEBERAPA timbunan bahan buangan dipercayai sisa kimia ditemui di ladang kelapa sawit, Bukit Teh. - Foto ihsan bomba

Bahan buangan dipercayai sisa kimia ditemui di Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM: Beberapa timbunan bahan buangan dipercayai sisa kimia ditemui di ladang kelapa sawit, Bukit Teh, di sini.

EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh, berkata bahan buangan itu ditemui Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang kemudiannya memohon bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).


ANGGOTA memeriksa bahan buangan dipercayai sisa kimia yang ditemui di ladang kelapa sawit, Bukit Teh. - Foto ihsan bomba

“Pegawai operasi daripada Ibu Pejabat JBPM Pulau Pinang dan dibantu dua pegawai Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai ditugaskan mengambil sampel bahan kimia itu.

“Pemeriksaan dan penilaian sedang dibuat bersama-sama pegawai JAS bagi memastikan bahan buangan itu tidak mempunyai ciri-ciri berbahaya yang berpotensi memberi kesan negatif kepada orang awam dan alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, BH sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut daripada Pengarah Bomba Pulau Pinang, Saadon Mokhtar, dan wakil JAS negeri.

849 dibaca
Berita Harian X