Khamis, 14 March 2019 | 7:17pm
GAMBAR tular lelaki berperwatakan wanita yang berbogel sambil melakukan aksi lucah di sekitar Jalan Imbi, semalam.

Pondan berbogel di Bukit Bintang direman 14 hari

KUALA LUMPUR: Lelaki berperwatakan wanita yang berbogel sambil melakukan aksi lucah di sekitar Jalan Imbi, berhampiran persimpangan lampu isyarat Bukit Bintang, semalam, direman 14 hari sehingga 28 Mac ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar individu itu bertindak sedemikian, namun tidak menolak kemungkinan dia mengalami tekanan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, lelaki berasal dari Filipina dan berusia 29 tahun dikesan kerap memasuki negara ini sebagai pelancong dan semakan lanjut sedang dibuat.

“Suspek kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan- kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Semalam, video dan gambar lelaki itu, yang tidak berpakaian berjalan di tengah jalan raya sekitar Jalan Barat off Jalan Imbi, tular di dalam laman sosial.

Lelaki terbabit turut didapati berdiri di atas sebuah kereta sebelum menuju ke arah kereta lain.

Ada beberapa ketika dia menuju ke tepi dan tengah jalan, menuju ke arah tiang lampu serta melakukan aksi lucah.

Orang ramai yang melihat kejadian berkenaan kemudian memaklumkannya kepada pihak polis.

962 dibaca
Berita Harian X