Khamis, 7 March 2019 | 12:43pm
ADUN Ketari (DAP), Young Syefura Othman hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur sebutan untuk lafaz cerai. - Foto Salhani Ibrahim.

ADUN Ketari, Rara bercerai talak satu

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Masyhur Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Muhammad Masyhur, 32 selaku plaintif melafazkan cerai terhadap Young Syefura, 30, atau lebih dikenali dengan panggilan Rara di hadapan Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah.

Mohd Saifullah mensabitkan perceraian dengan talak satu dan memerintahkan defendan (Young Syefura) menjalani tempoh edah selama tiga bulan selain perlu mendaftarkan perceraian mereka dan sijil nikah dibatalkan.


NEOL Saga antara yang bakal berentap dalam kategori profesional (60kg) Kejohanan Muay Thai Amatur dan Profesional Negeri Melaka 2019.

Terdahulu, Muhammad Masyhur memberitahu mahkamah bahawa permohonan cerai dibuat selepas mendapati tiada lagi persefahaman dalam perkahwinan yang dibina sejak tiga tahun lalu.

“Tiada persefahaman antara satu sama lain. Usaha untuk menyelamatkan perkahwinan dibuat tetapi tidak berhasil,” kata Muhammad Masyhur sebelum lafaz cerai dibuat.

Kedua-dua pasangan itu hadir bersama tanpa diwakili peguam malah masing-masing kelihatan tenang sepanjang prosiding berlangsung.

Permohonan cerai tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 itu difailkan pada 1 Mac 2019.

Rara berkahwin dengan Muhamad Masyhur yang bekerja sebagai pengurus pelaburan pada 24 September 2016 dan sepanjang perkahwinan pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Majlis perkahwinan Rara dan suaminya itu diadakan di Sangkot Garden, Hulu Langat.

4857 dibaca
Berita Harian X