Rabu, 13 Februari 2019 | 8:17am
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan di Batu 11 Segari, Manjung, malam tadi. - Foto ihsan bomba

Tiga maut, seorang parah nahas dua kenderaan

MANJUNG: Tiga maut manakala seorang parah dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Batu 11 Segari di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 itu, kemalangan membabitkan Proton Persona dan Proton Iswara.

Mangsa yang maut adalah pemandu Proton Persona, Sharifuden Shahidan, 34; penumpang hadapan kereta berkenaan, Nadya Othman, 36, dan pemandu Proton Iswara, Henson Elizabeth Saimah, 31.

Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala, penumpang hadapan Proton Iswara, lelaki berusia 30-an patah kaki kanan dan luka di bahagian kepala.

Difahamkan, Proton Persona yang dinaiki dua individu terbabit dari arah Taiping menghala ke Seri Manjung manakala sebuah lagi kereta dari arah bertentangan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, anggota di Balai Bomba Pantai Remis menerima maklumat kejadian itu pada jam 11.32 malam tadi sebelum sepasukan anggota ke lokasi untuk bantuan lanjut.

Menurutnya, anggota yang tiba di lokasi mendapati kemalangan itu membabitkan empat mangsa dengan tiga maut dan seorang parah.

"Mangsa yang maut adalah dua lelaki dan seorang wanita manakala seorang lelaki parah, namun tiada mangsa yang tersepit dalam kejadian itu.

"Kematian mangsa disahkan oleh pihak hospital yang hadir dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Katanya, operasi yang diketuai Amir Hamid itu tamat sepenuhnya pada 1.15 pagi.

1436 dibaca
Berita Harian X