Selasa, 12 Februari 2019 | 9:51am
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan satu kebakaran yang memusnahkan tujuh buah pintu rumah panjang yang diduduki sembilan keluarga dalam satu kejadian, di Kampung Hobut Mantunggung, Kudat. - Foto ihsan bomba
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan satu kebakaran yang memusnahkan tujuh buah pintu rumah panjang yang diduduki sembilan keluarga dalam satu kejadian, di Kampung Hobut Mantunggung, Kudat. - Foto ihsan bomba

Rumah panjang terbakar, 32 hilang tempat tinggal

KUDAT: Seramai 32 penghuni daripada tujuh keluarga hilang tempat tinggal selepas rumah panjang didiami mereka di Kampung Hobut dekat Matunggong, di sini, musnah dalam kebakaran, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, tiada mangsa dilaporkan cedera apabila semua penghuni di tujuh pintu rumah panjang terbabit sempat menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Ishak Jabas, berkata sepasukan tujuh anggota dibantu empat anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bersama dua jentera bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 5.45 petang.

“Cuaca panas dan kering menyebabkan api merebak dengan pantas pada setiap rumah, memaksa penghuni bergegas keluar menyelamatkan diri.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan namun semua penghuni tidak sempat menyelamatkan harta benda manakala hanya sebahagian yang berjaya membawa keluar dokumen penting seperti kad pengenalan,” katanya.

Ishak berkata, kemusnahan rumah panjang terbabit membabitkan 100 peratus.

“Bagaimanapun, punca sebenar kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan jam 7.16 malam.

156 dibaca
Berita Harian X