Isnin, 11 Februari 2019 | 9:41pm
Anggota bomba berusaha menyelamatkan tangan kanan seorang lelaki yang hancur selepas tersepit dalam mesin pengisar menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE ), bersama mesin berkenaan, petang tadi. - Foto ihsan Bomba

Tangan hancur tersepit dalam mesin pengisar daging

KOTA KINABALU: Tangan kanan seorang lelaki hancur selepas tersepit dalam mesin pengisar daging dan dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), di sini, bersama mesin berkenaan, petang tadi.

Bagaimanapun pihak hospital terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah selepas usaha menanggalkan komponen mesin itu gagal.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan jam 4.11 petang itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dikejarkan ke HQE 1 bagi membantu menanggalkan tangan mangsa Mohammad Khan Espirman, 19, yang tersepit pada alat pengisar.

Katanya, ketika kejadian mangsa sedang mengisar ayam.

"Pasukan bomba melakukan operasi memotong mesin pengisar itu dengan menggunakan unit Hydraulic power.

“Selepas hampir dua jam setengah, tangan mangsa berjaya dikeluarkan daripada mesin pengisar dan dia terus menerima rawatan," katanya.


Anggota bomba berusaha menyelamatkan tangan kanan seorang lelaki yang hancur selepas tersepit dalam mesin pengisar menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE ), bersama mesin berkenaan, petang tadi. - Foto ihsan Bomba

917 dibaca
Berita Harian X