Isnin, 11 Februari 2019 | 7:14pm
Siti Kassim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kassim.

Siti Kassim tidak jadi didakwa

SHAH ALAM: Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan untuk mendakwa peguam, Siti Kassim yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang penonton di forum Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang dianjurkan dua tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata kertas siasatan berhubung Siti Kassim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kassim dipanggil semula oleh Jabatan Peguam Negara semalam.

“Selepas meneliti semula segala fakta dan keterangan, Jabatan Peguam Negara memutuskan arahan pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang dikeluarkan pada 18 April tahun lalu dibatalkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 5 September 2016, peguam itu didakwa menunjukkan isyarat jari tengah kepada seorang penonton ketika forum mengenai isu RUU355 di Kompleks Karangkraf, di sini.

Insiden dipercayai berlaku selepas Siti Kassim hadir ke forum berkenaan mengkritik RUU berkenaan sehingga mengakibatkan penonton di forum berkenaan menyindirnya.

4043 dibaca
Berita Harian X