Rabu, 6 Februari 2019 | 9:00pm
Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas ketika bermain air dalam tragedi di Pantai Tanjung Balau di sini, petang tadi.

Kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas 

KOTA TINGGI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dikhuatiri lemas ketika bermain air dalam tragedi di Pantai Tanjung Balau di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Mohd Fadli Ismail, berkata mangsa, Nurul Ain Sajali, dipercayai bermain air dengan dua beradiknya di kawasan batu berhampiran pantai sebelum ditarik arus ke dasar laut.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.03 petang dan terus menggerakkan 11 anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera, Toyota Hilux dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan maklumat awal diterima bomba, pasangan suami isteri bersama tiga anak mereka berkunjung ke sini untuk berkelah dan kejadian difahamkan berlaku sekitar jam 3 petang tetapi ahli keluarga mungkin panik serta memutuskan untuk mencari sendiri dulu di sekitar pantai sebelum membuat laporan.

“Sebaik menerima panggilan, bomba terus ke sini, namun mengalami kesukaran untuk sampai ke lokasi yang mana tertangguh kira-kira 45 minit berikutan sesak dengan orang ramai, sebelum mendapat bantuan anggota polis untuk melancarkan laluan masuk ke dalam.

“Laporan awal yang diterima membabitkan tiga mangsa dipercayai hampir lemas ketika mandi laut, namun dua daripadanya sempat diselamatkan oleh orang awam,” katanya ketika ditemui di Pantai Tanjung Balau, dekat sini, sebentar tadi.

Mohd Fadli berkata mangsa masih belum ditemui dan pihaknya akan meneruskan gerakan mencari dan menyelamat sehingga ditemui sebelum menamatkan operasi.

“Setakat ini kita (bomba) akan tangguhkan sementara pencarian dulu, malam nanti kita akan menggerakkan anggota untuk mencari di sekitar pantai,” katanya.

1299 dibaca
LOKASI kanak-kanak berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas ketika mandi-manda dalam kejadian di Pantai Tanjung Balau, petang tadi. - Foto Nurul Amanina Suhaini
Berita Harian X