Isnin, 21 Januari 2019 | 4:52pm

SUV terhumban ke laut ditemui

GEORGETOWN: Kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 yang terhumban dari Jambatan Pulau Pinang selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.0 jambatan itu ditemui jam 4 petang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata kenderaan terbabit ditemui 15 meter daripada tiang 34 jambatan itu.

Menurutnya, setakat ini usaha untuk menaikkan SUV terbabit akan dilakukan menggunakan kren.

"Pasukan operasi dan menyelamat (SAR) kini masih menjalankan kerja-kerja mereka di lokasi kenderaan itu ditemui.

"Kita akan mengadakan sidang media dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi.

Sebuah krren digunakan untuk mengangkat kenderaan yang terhumban ke laut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai. - NSTP/ Rosli Ahmad

9778 dibaca
Usaha mencari mangsa dan kenderaan yang terhumban ke laut. - NSTP/Shahnaz Fazlie Shahrizal
Pasukan penyelamat daripada pelbagai agensi pada operasi pencarian mangsa yang terhumban ke laut di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang. - NSTP/Shahnaz Fazlie Shahrizal

Berita Harian X