Selasa, 15 Januari 2019 | 4:06pm
Abdul Azeez tiba di ibu pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 2.55 petang ini. - NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor

Abdul Azeez hadir ke SPRM

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini kira-kira jam 2.55 petang ini.

Abdul Azeez yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu tiba dengan menaiki Proton Perdana.

Bagaimanapun, media tidak dimaklumkan tujuan Abdul Azeez dipanggil.

Difahamkan, beliau akan ditahan oleh SPRM hari ini dan perintah reman ke atasnya akan dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya, esok.

Sebelum ini, Abdul Azeez pernah dipanggil memberi keterangan oleh SPRM berhubung siasatan kes tender projek kerajaan.

Pada 15 September lalu, SPRM menahan Abdul Azeez, abangnya merangkap pengurus besar syarikat hartanah, Datuk Abdul Latif Abdul Rahim serta seorang pengarah syarikat berhubung dakwaan penerimaan rasuah daripada sebuah syarikat kontraktor bagi satu projek Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

Berita Harian X