Ahad, 13 Januari 2019 | 2:03pm

Budak rentung dalam kebakaran kabin

GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak lelaki rentung apabila sebuah kabin yang menjadi tempat permainannya terbakar di Kampung Jawa, Bayan Lepas, Pulau Pinang jam 12.10 tengah hari tadi.

Mangsa Muhammad Saifuddin Ali Subahan, 8, melecur 100 peratus selepas dipercayai terperangkap di dalam kabin yang terbakar itu.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.15 tengah hari dan sebaik tiba di lokasi kejadian kabin itu masih terbakar.


KONTENA yang dijadikan tempat simpanan barang-barang lama terbakar di Jalan Bahagian, Kampung Jawa, Bayan Lepas, Pulau Pinang. -Ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat

Katanya, kabin yang terbakar itu dijadikan tempat simpanan barangan lama.

“Terdapat seorang kanak-kanak terperangkap di dalamnya dan dia turut terbakar.

“Kebakaran dapat dikawal 25 minit kemudian sebelum mayat mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya.

Menurutnya, kontena itu tidak berkunci dan kerap dijadikan tempat kanak-kanak bermain.

769 dibaca
KONTENA yang dijadikan tempat simpanan barang-barang lama terbakar di Jalan Bahagian, Kampung Jawa, Bayan Lepas, Pulau Pinang. -Ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat
Berita Harian X