Ahad, 6 Januari 2019 | 1:05pm

Penyelia keselamatan NSTP meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Penyelia keselamatan Balai Berita New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Kuala Lumpur, Zinol Husin meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, pada jam 12.47 tengah malam tadi.

Anak perempuan arwah, Nurul Syazwani, berkata bapanya meninggal dunia akibat kanser usus dan serangan jantung.

Katanya, jenazah bapanya dibawa ke Masjid Al-Shariff Simpang 3 Gombak untuk solat jenazah, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu Gombak selepas selesai solat Zuhur, hari ini.

"Arwah seorang bapa yang sangat penyayang.

"Dia juga tegas, serius dan komited dalam hal membabitkan kerja hariannya sebagai penyelia keselamatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Arwah berkhidmat di NSTP lebih 20 tahun dan mula mengambil cuti sakit pada Oktober 2017 selepas diserang strok.

Allahyarham meninggalkan dua anak perempuan, Nurul Syazwani, 27, dan Rabiatul Adawiyah, 21.

564 dibaca
Allahyarham Zinol Husin.
Berita Harian X