Ahad, 16 Disember 2018 | 1:45pm
Anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa seorang lelaki yang maut apabila PROTON Wira yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh pokok di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Masjid Rembia, Batu 10, di sini, tengah malam tadi. - Foto ihsan Bomba dan Penyelamat

Lelaki maut rempuh pokok

ALOR GAJAH: Seorang lelaki maut apabila PROTON Wira yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh pokok di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Masjid Rembia, Batu 10, di sini, tengah malam tadi.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpangnya seorang lelaki berusia 19 tahun, cedera ringan.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Asisten Superintendan K Mahadevan, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa cuba mengelak sebuah kereta Honda Civic berhampiran yang dilihat berpusing dan hilang kawalan.


Anggota bomba dan penyelamat mangangkat mayat mangsa seorang lelaki yang maut apabila PROTON Wira yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh pokok di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Masjid Rembia, Batu 10, di sini, tengah malam tadi. - Foto ihsan Bomba dan Penyelamat

“Kereta Honda Civic berpusing, hilang kawalan sebelum masuk longkang. Bagaimanapun, pemandunya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, sepasukan 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah diketuai komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Asnizam Kamberon turut dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan jam 12.39 tengah malam.

279 dibaca
Berita Harian X