Isnin, 10 Disember 2018 | 11:09am
DATUK Seri Najib Razak tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, pagi ini. - Foto Abd Rahim Rahmat

Najib hadir beri keterangan di SPRM

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, pada jam 10.42 pagi ini bagi memberi keterangan kali kedua dipercayai berhubung siasatan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terdahulu, Najib tiba dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Kia Sorento berwarna perak.

Pada 6 Disember lalu, Najib hadir kali pertama ke sini dan meluangkan masa kira-kira empat jam bagi memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Sebelum ini, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad mendedahkan Najib mengarahkan pindaan dilakukan terhadap Laporan Akhir Pengauditan 1MDB menerusi pengguguran beberapa perenggan.

Antara pengguguran maklumat itu termasuk membabitkan kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.

Menurut Madinah, antara individu yang turut terbabit dalam pindaan itu termasuk bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib, Tan Sri Shukry Salleh; bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Turut terbabit adalah wakil Jabatan Peguam Negara, wakil Kementerian Kewangan, bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada KSN dan bekas Pengarah

681 dibaca
Berita Harian X