Isnin, 3 Disember 2018 | 9:35pm
POLIS sedang mengesan 28 individu bagi membantu siasatan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya. - Foto Ihsan PDRM

Polis cari 28 saksi rusuhan kuil

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan 28 saksi bagi membantu siasatan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata pihaknya memohon kerjasama mereka yang terbabit supaya tampil bagi membantu siasatan.

"Pada masa yang sama, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai saksi terbabit diminta menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat di nombor 019-6000903.

"Mereka juga boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Deputi Superintendan G K Shan Gopal di nombor 019-2714387 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


DATUK Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd - Foto ABD RAHIM RAHMAT

Insiden rusuhan yang bermula pada Isnin lalu itu menyebabkan 23 kenderaan musnah dibakar, manakala cermin sebuah pusat beli-belah turut dipecah dan dirosakkan.

Setakat jam 8 pagi tadi, seramai 68 individu sudah ditahan dipercayai terbabit dalam rusuhan di sekitar kuil berkenaan.

4587 dibaca
Berita Harian X