Rabu, 21 November 2018 | 11:46am
SUSPEK lelaki yang melarikan diri ketika pertuduhan kes dadah di Mahkamah Majistret Rembau, berjaya diberkas semula oleh sepasukan anggota polis di Tampin, malam tadi.

Lelaki lari dari mahkamah serah diri

REMBAU: Suspek yang melarikan diri ketika pertuduhan kes dadah di Mahkamah Majistret Rembau di sini, kelmarin berjaya diberkas semula di Tampin, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam, Mohammad Azrin Mohd Danial, 29, ditahan jam 9.15 malam ketika menyerah diri di Balai Polis Tampin.

Katanya, sebaik meloloskan diri pada jam 10.30 pagi, lelaki itu menaiki teksi dari mahkamah menuju ke sebuah rumah di Tampin.

“Selepas 35 jam melarikan diri di Balai Polis Tampin” katanya kepada NSTP, hari ini.

Menurut Anuar Bakri, suspek ditahan polis pada Ahad lalu dan sepatutnya dituduh di mahkamah, di sini, kelmarin.

Katanya, ketika namanya dipanggil oleh jurubahasa mahkamah sebanyak dua kali dia tiada di kandang tertuduh dan didapati melarikan diri.

“Sehubungan itu gerakan memburu suspek dilakukan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin sehingga ditangkap semula,” katanya.

Anuar Bakri menafikan dakwaan mengatakan suspek dibantu beberapa pengedar dadah ketika meloloskan diri di mahkamah sebelum disembunyikan di sebuah rumah di Tampin.

“Dakwaan itu tidak benar dan kami juga tidak menahan beberapa pengedar lain yang dikatakan bersekongkol dalam kejadian,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Kanun Keseksaan.

1376 dibaca
Berita Harian X