Khamis, 25 Oktober 2018 | 12:19pm

Polis tahan pengetua didakwa liwat kanak-kanak

BUTTERWORTH: Polis hari ini menahan pengetua berusia 55 tahun yang didakwa meliwat dua kanak-kanak berusia 11 dan 13 tahun di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di sini, Selasa lalu.

Sumber berkata, polis juga akan mendapatkan perintah reman ke atas pengetua lelaki itu di Mahkamah Butterworth esok.

Katanya, sehingga hari ini, hanya dua laporan polis dibuat mangsa yang mendakwa diliwat oleh suspek.

Menurutnya, kedua-dua kanak-kanak berkenaan masih dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) ekoran kecederaan dialami mereka.

Dalam kejadian Selasa lalu, dua kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis mendakwa diliwat pengetua di sebuah sekolah menengah di Permatang Tok Jaya, di sini.

Mangsa mendakwa diliwat guru berkenaan ketika mereka menyertai program pendidikan di sekolah berkenaan baru-baru ini.

Sumber berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk tujuan pemeriksaan dan akan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi rawatan selanjutnya kerana didapati cedera di bahagian dubur masing-masing.

Berita Harian X