Jumaat, 19 Oktober 2018 | 12:07pm
SEBAHAGIAN daripada penyokong Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi cuba merempuh masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - Foto Luqman Hakim Zubir

Penyokong Ahmad Zahid cetus kekecohan

KUALA LUMPUR: Berlaku sedikit kekecohan di luar pintu pagar masuk ke perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur apabila sebahagian penyokong Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi cuba merempuh pintu pagar kompleks berkenaan.

Kira-kira 40 anggota polis dibantu anggota Pasukan Tempur Ringan (LSF) terpaksa berkawal di bahagian luar pintu pagar berkenaan untuk mengawal keadaan.

Kejadian bermula sekitar 10.50 pagi apabila terdapat segelintir penyokong menjerit kepada anggota polis yang berkawal supaya membuka pintu pagar berkenaan sebelum cuba merempuh besi pintu pagar yang dikawal ketat.

Kekecohan berlarutan hampir 20 minit sebelum kumpulan itu ditenangkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, selain kehadiran anak sulong Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidaya Ahmad Zahid, memujuk mereka untuk bertenang.

13 dibaca
Berita Harian X