Selasa, 16 Oktober 2018 | 2:13pm
TIGA buah rumah musnah manakala sebuah lagi terbakar 10 peratus dalam kebakaran di Kampung Bintawa Hilir, Petra Jaya. - Foto NSTP/Mohd Roji Kawi

3 rumah musnah terbakar

PETRA JAYA: Tiga keluarga membabitkan 31 penduduk hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka di Kampung Bintawa Hilir, di sini, musnah dalam kebakaran, pagi tadi.

Kejadian pada jam 7.15 pagi itu menyebabkan tiga rumah terbabit musnah sama sekali manakala sebuah lagi rumah berdekatan terbakar kira-kira 10 peratus.


TIGA blok membabitkan 32 kedai di tapak lama Uptown Shah Alam di Seksyen 24, Shah Alam. - Foto ihsan bomba

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.18 pagi.

Beliau berkata, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dibantu tujuh anggota dari BBP Tabuan Jaya dikerah ke lokasi sebaik menerima panggilan.

“Pasukan bomba berjaya membuat “fire break” bagi mengelak kebakaran merebak ke rumah yang berhampiran.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 7.57 pagi dan padam sepenuhnya pada jam 9.23 pagi,” katanya.

Ling Hii berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan dan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan sebelum operasi ditamatkan pada jam 9.30 pagi.

Katanya, rumah pertama yang musnah itu didiami 16 penghuni, rumah kedua seramai enam penghuni manakala rumah ketiga seramai sembilan penghuni.

21 dibaca
Berita Harian X