Khamis, 23 Ogos 2018 | 10:46pm
MANGSA yang dikhuatitri lemas, Shahir Aqil Shahrun, Khairil Ikmal Daniel Zamzuradi dan Ahmad Daniel Firdaus Zubir. - Foto Rosli Ilham

Tiga sahabat dikhuatiri lemas

CHUKAI: Tiga sahabat dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai Teluk Kalong, Kijal di sini, jam 6.20 petang ini.

Remaja berkenaan ialah Shahir Aqil Shahrun, Khairil Ikmal Danial Zamzuradi dan Ahmad Daniel Firdaus Zubir, kesemuanya berusia 19 tahun.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 6.23 petang.

Seramai 21 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kijal; Kemaman dan Chukai dikejarkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, mangsa mandi di pantai itu bersama empat lagi rakan sebelum dipukul ombak kuat.

“Empat orang berjaya menyelamatkan diri, manakala tiga hilang dibawa arus deras,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan.

37 dibaca
Berita Harian X