Selasa, 7 Ogos 2018 | 11:57pm
Kenderan Pacuan empat roda Mitsubishi Pajero yang dihempap pokok semasa ribut di jalan Kuala Terengganu-Kelantan di kampung Sungai Ikan petang ini. - Foto ihsan JBPM

Pemandu Pajero maut dihempap pokok

KUALA TERENGGANU: Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda maut selepas dihempap pokok yang tumbang dalam kejadian angin kuat ketika di Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu, dekat Kampung Sungai Ikan, petang tadi.

Saksi Rosdalia Kahadin, 32, berkata, ketika kejadian dia bersama-sama rakannya dalam perjalanan ke Kota Bharu dan ternampak sebatang pokok mula condong ke arah jalan ketika angin bertiup kuat tetapi belum hujan.

“Tanpa disangka pokok itu tiba-tiba tumbang dan saya lihat kenderaan dipandu mangsa cuba mengelak ke kanan, namun gagal sebelum dihempap pokok itu,” katanya.


Kenderan Pacuan empat roda Mitsubishi Pajero yang dihempap pokok semasa ribut di jalan Kuala Terengganu-Kelantan di kampung Sungai Ikan petang ini. - Foto ihsan JBPM

Rosdalia berkata, ketika itu kereta dipandunya mengekori belakang pacuan empat roda terbabit dan kejadian berlaku ketika angin kencang.

“Saya bersyukur kenderaan saya mengalami sedikit kerosakan selepas terkena dahan pokok ketika mengelak ke kanan jalan,” katanya.

Dalam kejadian jam 3.10 petang itu, mangsa dikenali sebagai Abdul Razak Mat Husin, 48, maut selepas kenderaan Mitsubishi Pajero yang dipandunya dihempap sebatang pokok.

Ketika kejadian, mangsa yang juga pemilik bengkel kenderaan di Kampung Sungai Ikan dikatakan dalam perjalanan mengambil anaknya di sekolah tidak jauh dari tempat kejadian.

Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, jenazah mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat.


Kenderan Pacuan empat roda Mitsubishi Pajero yang dihempap pokok semasa ribut di jalan Kuala Terengganu-Kelantan di kampung Sungai Ikan petang ini. - Foto ihsan JBPM

25 dibaca
Berita Harian X