Sabtu, 14 Julai 2018 | 3:10pm

Empat maut nahas enam kenderaan

RAWANG: Empat maut, seorang parah dan tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di Kilometer 446, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala utara, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.00 tengah hari itu, enam kenderaan yang terbabit adalah dua kereta, dua kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah treler.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.02 tengah hari.

"Anggota bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Rawang dan BBP Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Mangsa yang meninggal dunia adalah dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki yang menaiki Perodua Alza serta seorang lelaki yang menaiki Toyota Vellfire.

Empat maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dan Toyota Vellfire dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 446, Lebuhraya PLUS arah Kuala Lumpur dekat persimpangan Rawang Selatan, jam 12 tengah hari tadi. Kemalangan turut membabitkan tiga kenderaan lain model BMW, Toyota Alphard dan Honda City. Nahas di lebuh raya arah utara itu turut mengakibatkan seorang mangsa cedera parah dan tiga lagi mangsa cedera ringan. - Foto ihsan Pembaca

"Sementara yang cedera parah adalah seorang kanak-kanak lelaki penumpang Toyota Vellfire, pemandu treler pula mengalami cedera ringan," katanya dalam satu kenyataan.

Alimaddia berkata dua lagi mangsa yang cedera ringan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila treler itu melanggar belakang kereta Nissan Almera di laluan menghala ke utara berhampiran simpang susur Rawang Selatan.

"Treler itu kemudian terbabas memasuki laluan bertentangan dan merempuh tiga kenderaan lain iaitu BMW, Perodua Alza, Toyota Vellfire dan bas.

"Kemalangan itu mengakibatkan pemandu Toyota Vellfire, Noorakhirludin Alam Mohamad Noor, 48, maut serta merta di lokasi kejadian," katanya.

Menurutnya, tiga lagi mangsa yang menaiki Perodua Alza iaitu Nur Fitrah Rosman, Nurbaya Mohd Zaki dan Mohammad Hafiz Shahrul Jefri Din masing-masing berusia 24 tahun turut meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Nahas turut mengakibatkan empat cedera termasuk seorang parah. Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat," katanya.

Empat maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dan Toyota Vellfire dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 446, Lebuhraya PLUS arah Kuala Lumpur dekat persimpangan Rawang Selatan, jam 12 tengah hari tadi. Kemalangan turut membabitkan tiga kenderaan lain model BMW, Toyota Alphard dan Honda City. Nahas di lebuh raya arah utara itu turut mengakibatkan seorang mangsa cedera parah dan tiga lagi mangsa cedera ringan. - Foto ihsan Pembaca
Empat maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dan Toyota Vellfire dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 446, Lebuhraya PLUS arah Kuala Lumpur dekat persimpangan Rawang Selatan, jam 12 tengah hari tadi. Kemalangan turut membabitkan tiga kenderaan lain model BMW, Toyota Alphard dan Honda City. Nahas di lebuh raya arah utara itu turut mengakibatkan seorang mangsa cedera parah dan tiga lagi mangsa cedera ringan. - Foto ihsan Pembaca
Berita Harian X