Khamis, 5 Julai 2018 | 12:10pm
KENDERAAN yang membawa Riza Aziz tiba di Ibu Pejabat SPRM tepat jam 11.10 pagi untuk memberi keterangan berhubung skandal 1MDB. - FOto Abd Rahim Rahmat
KENDERAAN yang membawa Riza Aziz tiba di Ibu Pejabat SPRM tepat jam 11.10 pagi untuk memberi keterangan berhubung skandal 1MDB. - FOto Abd Rahim Rahmat
RIZA Aziz. - Foto BERNAMA

Riza Aziz beri keterangan kali ketiga

PUTRAJAYA: Anak tiri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 11.10 pagi tadi bagi menyambung keterangan berhubung skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Riza hadir ke SPRM untuk kali ketiga termasuk hari ini bagi memberi keterangan kepada badan pencegah rasuah itu.

Turut menemaninya adalah peguam, Datuk K Kumaraendran.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Red Granite Pictures iaitu syarikat penerbitan filem Holywood dikehendaki hadir oleh SPRM sejak Selasa lalu bagi membantu siasatan skandal berkenaan.


KENDERAAN yang membawa Riza Aziz tiba di Ibu Pejabat SPRM tepat jam 11.10 pagi untuk memberi keterangan berhubung skandal 1MDB. - FOto Abd Rahim Rahmat

Semalam, Riza memberi keterangan selama enam jam kepada SPRM selain sembilan jam pada Selasa lalu.  

Sebelum ini, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendakwa sejumlah AS$64 juta diselewengkan daripada 1MDB telah dipindah kepada Red Granite untuk membiayai penerbitan beberapa filem Hollywood termasuk The Wolf Of Wall Street yang dibintangi Leonardo Dicaprio.  

Riza juga dituduh menggunakan wang itu untuk membeli hartanah mewah daripada ahli perniagaan Low Taem Jhow atau Jho Low. 

SPRM sejak akhir Mei lalu mula memanggil beberapa individu bagi melengkapkan siasatan berkaitan syarikat pelaburan strategik kerajaan itu termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib dipanggil memberi keterangan pada 22 dan 24 Mei lalu hadir di ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan manakala Rosmah pula pada 5 Julai.

Namun, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn Bhd dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu membabitkan RM42 juta.

Sebelum ini, Pasukan Petugas Khas 1MDB membekukan lebih 408 akaun termasuk akaun UMNO negeri dan pusat membabitkan jumlah RM1.1 bilion bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan berhubung dakwaan bahawa akaun-akaun berkenaan menerima dana daripada 1MDB.

32 dibaca
Berita Harian X