Sabtu, 23 Jun 2018 | 10:50am
Anggota polis melakukan pemeriksaan terhadap penunggang motosikal dalam operasi Ops Samseng Jalanan sempena Ops Selamat 13/2018 di Taman Jubli Emas di Jalan Suka Menanti. - Foto ihsan PDRM
Anggota polis melakukan pemeriksaan terhadap penunggang motosikal dalam operasi Ops Samseng Jalanan sempena Ops Selamat 13/2018 di Taman Jubli Emas di Jalan Suka Menanti. - Foto ihsan PDRM
Sebahagian daripada150 penunggang motosikal yang diperiksa polis dalam operasi Ops Samseng Jalanan sempena Ops Selamat 13/2018 di Taman Jubli Emas di Jalan Suka Menanti. - Foto ihsan PDRM

Samseng jalanan disaman

ALOR SETAR: Tindakan sekumpulan samseng jalanan menunggang motosikal secara melulu dan mengubah suai ekzos motosikal yang mengeluar bunyi bising mengundang padah apabila mereka ditahan polis di Taman Jubli Emas, di sini, semalam.

Dalam Ops Samseng Jalanan bermula jam 5 petang hingga 9 malam itu, sebanyak 150 motosikal membabitkan 174 penunggang dan pembonceng diperiksa pihak polis yang melakukan serbuan selepas menerima aduan awam.

Pegawai Turus Penguatkuasa Trafik Kedah, Asisten Superintendan Meor Amir Meor Md Khalil berkata, operasi itu diadakan selepas pihaknya menerima aduan orang ramai yang tidak tahan dengan sikap kumpulan remaja terbabit menunggang motosikal secara melulu dan ekzos yang bising.

Menurutnya, orang ramai yang datang ke Taman Jubli Emas itu untuk beriadah juga bimbang dengan keselamatan dan berasa terganggu menyebabkan mereka membuat aduan kepada polis.

"Susulan itu kita mengadakan operasi di taman itu dan memeriksa 150 motosikal membabitkan 174 penunggang dan pembonceng berusia antara 15 hingga 21 tahun yang melakukan pelbagai kesalahan trafik.

"Sebanyak 145 saman dikeluarkan membabitkan 157 kesalahan trafik di mana 56 daripadanya adalah kesalahan ubah suai kenderaan.

"Kesalahan nombor pendaftaran adalah 37, cermin sisi (21), tiada lesen memandu (12), tiada pelekat L dan P (12), tiada insurans (8) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sebanyak lapan kesalahan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Meor Amir berkata, operasi membanteras samseng jalanan akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi mengekang kegiatan tidak bermoral itu.

27 dibaca
Berita Harian X