Khamis, 7 Jun 2018 | 10:22pm
GAMBAR fail, Jho Low (kiri) dan Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil.

Waran tangkap dikeluar terhadap Jho Low, Nik Faisal

KUALA LUMPUR: Waran tangkap telah dikeluarkan terhadap penasihat khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho atau Jho Low dan Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil.

Waran yang dikeluarkan hari ini itu sekali gus menjadikan kedua-dua mereka sebagai 'individu dikehendaki'.

"Mereka amat dikehendaki untuk membantu dalam siasatan 1MDB," kata sumber terdekat yang mengesahkan arahan waran tangkap terbabit.

Alamat terakhir Jho Low yang diketahui adalah Tanjung Bungah Park, Tanjung Bungah, Pulau Pinang manakala alamat terakhir Nik Faisal adalah Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam, Selangor.

Lokasi terkini mereka tidak diketahui.

Berita Harian X