Jumaat, 18 Mei 2018 | 6:17pm
BEBERAPA pegawai SPRM dilihat meninggalkan pekarangan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta. - Foto Zunnur Al Shafiq

SPRM panggil Najib

cnews.nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kes aliran wang dari SRC International, anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagi membantu siasatan kes berkenaan, SPRM sudah menyerahkan notis memerintah kehadiran kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sumber berkata, mengikut notis berkenaan Najib perlu hadir ke pejabat SPRM pada Selasa depan bagi memberi keterangan.

Katanya, surat berkenaan diserahkan melalui lapan pegawai SPRM yang mengunjungi kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, pada jam 3.50 petang tadi.

Lapan pegawai itu menaiki dua kereta Proton Preve berwarna perak dengan membawa beberapa beg bimbit.

Semua pegawai berkenaan meninggalkan kediaman itu pada jam 5.40 petang.

Sebelum ini, bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan bekas Perdana Menteri berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.

Malah, kertas siasatan yang berkaitan dikembalikan kepada SPRM selain mengarahkan ketiga-tiga kertas siasatan ditutup.

16 dibaca
Berita Harian X