Isnin, 14 Mei 2018 | 12:15pm
KEADAAN kenderaan yang dinaiki Dua lelaki dan seorang kanak-kanak merempuh bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 22 Jalan Lipis-Merapoh, Kuala Lipis
KEADAAN kenderaan yang dinaiki Dua lelaki dan seorang kanak-kanak merempuh bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 22 Jalan Lipis-Merapoh, Kuala Lipis
KEADAAN kenderaan yang dinaiki Dua lelaki dan seorang kanak-kanak merempuh bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 22 Jalan Lipis-Merapoh, Kuala Lipis

3 maut kereta rempuh belakang lori

LIPIS: Dua lelaki dan seorang kanak-kanak maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 22 Jalan Lipis-Merapoh, Kuala Lipis, awal pagi tadi.

Dalam nahas kira-kira jam 5.50 pagi, Chong Mum Tong, 48; Len Wee Keong, 43; dan Chan Yung Sing, 11, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala serta badan.

Kesemua mangsa berasal dari Gua Musang, Kelantan, dan difahamkan mereka dalam perjalanan dari daerah itu ke Kuala Lipis.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob, berkata siasatan awal mendapati kereta PERODUA Bezza dipandu Mum Tong dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang lori yang dalam perjalanan dari arah Gua Musang ke Kuala Lumpur.

"Kita tidak menolak kemungkinan kereta itu dipandu dalam keadaan cuai dan laju sebelum hilang kawalan.

"Wee Keong yang berada di tempat duduk penumpang hadapan adalah kawan Mum Tong. Yung Sing yang duduk di bahagian belakang kereta itu pula adalah anak kepada kawan Wee Keong.

"Akibat perlanggaran itu, kesemua mangsa berkenaan tersepit di dalam kereta sebelum dikeluarkan bomba dan mayat dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, Hasnan Hussin, 44, yang memandu lori terbabit secara berseorangan dari Kuala Krai menuju ke ibu negara pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan keterangannya sudah diambil untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati jalan raya berkeadaan lurus selepas susur keluar Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) dekat Ladang Selborne menghala ke Lipis dan mempunyai lampu jalan.

"Sampel darah kesemua mangsa sudah diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia, manakala ujian saringan air kencing akan dilakukan ke atas pemandu lori berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Berita Harian X