Ahad, 18 March 2018 | 3:18pm
PENUNGGANG motosikal maut di tempat kejadian selepas merempuh bahagian belakang sebuah lori dipakir, di Jalan Mukah-Balingian. - Foto Pretty Licha

Maut rempuh belakang lori

MUKAH: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan, Jalan Mukah-Balingian, di sini, malam tadi.

Dalam nahas jam 8.45 malam itu, mangsa, Mohamad Nordin Mohamad Yusof, awal 20-an, cedera di beberapa bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik dari Klinik Kesihatan Balingian.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau, berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Mukah, untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kami masih mengesan pemandu lori itu yang tidak berada di dalam kenderaan ketika kejadian," katanya.

Berita Harian X