Ahad, 4 March 2018 | 11:06am
ANTARA pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di tapak pembinaan rumah dua tingkat di Kubang Kerian, Kota Bharu, semalam. - Foto ihsan Jabatan Imigresen Malaysia

14 PATI ditahan di tapak pembinaan

KOTA BAHRU: Seramai 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia, Bangladesh dan Myanmar ditahan di tapak pembinaan rumah dua tingkat di Kubang Kerian, di sini, semalam.

Semua lelaki berusia antara 16 hingga 39 tahun ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Kelantan menerusi Ops Mega yang diadakan selama sejam bermula jam 11 pagi.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kelantan, Ruzaana Mohamed, berkata ketika operasi itu diadakan pendatang terbabit cuba melarikan diri, tetapi berjaya ditangkap.

"Dalam operasi di tapak pembinaan itu mereka sedang menyiapkan beberapa unit rumah di Mukim Kenali, Kubang Kerian.

"Pemeriksaan mendapati pendatang melakukan kesalahanmengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,Seksyen 15(1)(c)dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata,dalam operasi itu juga pemeriksaan keseluruhan terhadap pendatang terbabit ialah seramai 22 orang.

Katanya, operasi akan diteruskan daripada semasa ke semasa bagi membanteras kemasukan PATI yang bekerja di negara ini khususnya di Kelantan tanpa sebarang permit sah.

"Kita juga mengingatkan majikan supaya menggajikan pekerja asing mengikut peraturan ditetapkan, bagi mengelak dikenakan tindakan.

"Semua pendatang dibawa ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan selanjutnya, sebelum diusir keluar ke nagara masing-masing," katanya.

35 dibaca
Berita Harian X